Monday 9 September 2013

BlogKuGadjet | Jadual Event iPhone 5S/5C & Speksifikasi Model Baru

Apple bakal melancarkan versi model iPhone 5S dan iPhone 5C secara serentak,bermacam-macam rumor sudah kita dengar tentang model terbaru ini,yang pasti model terbaru yang ramai tertunggu ialah iPhone 5C,iPhone 5C dikatakan iPhone yang mampu milik yang telah dibuat oleh Apple. Spec yang telah dikeluarkan untuk model iPhone 5C juga menyerupai spec iPhone 5S cuma dari segi fizikal luaran yang menggunakan casing glossy plastic.

Kita tahu yang harga iPhone mahal berbanding smartphone lain adalah disebabkan oleh material yang digunakan dalam pembuatan casing, so bagi menjadikan harga lebih murah,Apple telah menggunakan material yang sama digunakan kebanyakkan smartphone jenama lain. Harga yang dijangka dalam linkungan RM1xxx-RM15xx.

iPhone pula berkemungkinan diupdate hardware lebih baik daripada iPhone 5,itu memang pasti,yang masih dalam rumor lagi ialah iPhone 5S kemungkinan mempunyai home button yang menggunakan fingerprint scanner yang lebih kepada privacy bagi pemiliknya. Penambahan versi warna graphite & gold kemungkinan ada,harga bagi iPhone 5S mungkin sama bagi model iPhone yang baru keluar sebelum ini,rumor tentang kapasiti memori juga ada diperkatakan bagi versi gold.

So untuk mendapat kesahihannya,korang boleh tunggu pada hari pelancaran waktu Malaysia, jam 1 a.m hari Rabu, 11/9/2013.


Sunday 21 July 2013

BlogKuVideo | Katak Mengiau

Korang pernah tengok katak tak, kalau pernah tengok mesti pernah dengar bunyi katak gak kan...BKB tengok video ni pon BKB gelak, kesian gak coz BKB berimaginasi bunyi katak lain, tapi ni bunyi macam kucing mengiau hehehehe, kesian pon ada coz kalau anjing dengar ni kena kejar katak ni kat anjing hihihi...


p/s: Ongggg..kedek....kedekkk.....kedekkk..

Wednesday 10 July 2013

BlogKuGadjet | Aplikasi Sempena Ramadhan Yang Wajib Ada Bagi Pengguna Smartphone(Android)

Assalamualaikum,alhamdulillah...insyaAllah Ramadhan tahun ini BKB dapat merasainya lagi...korang ada pergi terawih tak tadi,mesti ramai pergi kan hihihi...ok lah, malamni BKB nak kongsi aplikasi sempena Ramadhan bagi pengguna android. BKB harap dengan aplikasi ini korang dapat menjalani ibadah puasa lebih kusyuk dan tidak mensia-siakan bulan yang penuh rahmat ini.

Semua aplikasi ini adalah percuma....



1) Ramadhan 2013- MY

Rujukan mudah sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak pada 1434 Hijrah / 2013 Masihi.
Mengandungi panduan puasa, niat, doa serta disediakan senarai waktu imsak dan berbuka puasa bagi seluruh negeri mengikut zon di Malaysia sepanjang bulan Ramadhan.
Sesuai untuk semua peringkat umur.



 Muat turun- Ramadhan 2013-MY


2. Puasa Ramadhan & Persoalannya

Apps lengkap berkaitan Puasa di Bulan Ramadhan , cara mengerjakannya, hukum sah dan batal, fidyah , kafarah, perkara makruh , haram dan sunat dan 71 persoalan - persoalan lain berkaitan pelaksanaan ibadah puasa di bulan mulia Ramadan.


Ciri - ciri aplikasi ini :
1) Anda TIDAK PERLUKAN TALIAN INTERNET untuk membaca maklumat ibadah puasa dalam aplikasi ini
2) Hampir 71 persoalan-persoalan diutarakan beserta jawapannya sekali
3) Kami terpaksa menggunakan iklan ringkas dan tidak mengganggu pembacaan maklumat didalam aplikasi ini untuk membantu kerja - kerja kemaskini aplikasi ini.Harap maklum
4) Semua maklumat / info berkenaan aplikasi ini diambil daripada lamanweb http://www2.islamgrid.gov.my/mengenai-islamgrid (Projek IslamGRID adalah projek kerjasama terutamanya antara MAMPU dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (sebagai pemilik) yang mana kedua-duanya di bawah Jabatan Perdana Menteri dan beberapa agensi lain seperti MOSTI)
5) Semua jawapan bagi setiap persoalan dijawab oleh panel - panel ustaz dari http://www2.islamgrid.gov.my




Muat turun - Puasa Ramadhan & Persoalannya 


3. Mutabaah Ramadhan

Simple app to display countdown to Ramadhan Month accordingly to Hijri Calendar
1.Ramadhan countdown
2.Automated prayer time (only available in Malaysia)*
3.Mutabaah
4.Stats




 Muat turun - Mutabaah Ramadhan


4. Malaysia Prayer Times

Malaysia Prayer Times reminds you when the next prayer is due, allows you the search nearby mosques, and determine the qibla from your phone.

Features:
- Automatically downloads the prayer time for the current location
- Shows the direction of the qibla
- Lists the nearby surau and mosques
- Prayer notification and reminder
- Display the downloaded prayer time without internet connection
- Next prayer time on lock screen (Requires Android 4.2+ and DashClock to be installed)



Muat turun - Malaysia Prayer Times 

p/s: Diharap ia perkongsian yang berguna bagi umat Islam.

Saturday 6 July 2013

BlogKuBlogger | Mencari Diri

Salam,rasa dah lama BKB tak membuat entry atau post, BKB memang ada komitmen lain juga selain berblog,blog sebagai hobi yang BKB boleh kongsi dengan orang lain juga,tetapi kadang-kadang kita terpaksa korban hobi kita untuk sementara,tapi bukan terus melupakannya. Ketiadaan BKB untuk sementara ini untuk cuba mengenal diri BKB yang jenis macam mana,bukan bermaksud yang BKB ni jenis yang tiada arah tuju tau,tapi cuba mencari apa yang paling sesuai dengan BKB.

Kalau korang masih dalam proses pembelajaran, lebih senang cerita,di ipta @ ipts...mesti korang dah memilih kursus apa yang korang akan belajar,apabila sampai 1 tahap,korang akan rasa,"Betul x pe yang aku pilh ni","Agak2 peluang pekerjaan untuk kursus macam ni banyak x",mesti perkara tersebut akan bermain di otak korang,korang akan cuba melihat dari pelbagai sudut,negatif @ positif, atau cuba teruskan tanpa memikirkan apa-apa kesannya.

Tapi bila korang di alam pekerjaan, situasi masa belajar tetap berlaku lebih-lebih lagi berada di dalam situasi kerja yang holistik. Memang setiap orang mengidam gaji yang tinggi & company yang kukuh,tapi mereka terlupa 1 perkara yang teramat penting,keadaan atau suasana tempat kerja tersebut, macam zaman korang belajar, mesti time subjek yang korang minat atau kena kelas pensyarah lawa atau hensem, rasa tak nak habis cepat je kelas tu kan, begitulah situasi pekerjaan, ye...jawatan korang besar,gaji korang tinggi,korang lah bos,koranglah ketua,tapi korang tak rasa enjoy,tak gembira dengan apa korang wat,itu akan menyebabkan korang rasa tertekan,mungkin tekanan itu besar atau mungkin juga kecil,tak kira jumlah ia,ia tetap tekanan juga. Juga korang dapat manage,teruskan....jangan undur,ke depan,jalan berpaling,itu ialah rezeki anda,tapi jika korang rasa yang ia memang bukan apa yang korang nak tapi ini memang jawatan yang korang idamkan dari dulu lagi,berhenti dari awal,jangan cuba teruskan,ia mungkin akan memberi kesan kepada anda secara tak langsung,tapi nasihat BKB,jika korang dapat teruskan,apa salahnya.

BKB pernah duduk di aras yang BKB lah paling bawah tahapnya, macam mana beban sesuatu tugas diberikan kepada kita tanpa memikirkan yang kita dapat tahan ke tak, BKB juga pernah berada di tahap paling tinggi sampai tiada lagi di atas BKB,setiap task,setiap perkara,setiap masalah,kita cuba handle & cari jalan untuk selesaikannya,memang untuk penggunaan tenaga hanya guna 1% sahaja setiap bulan kerana setiap kerja orang lain yang akan lakukan,tapi dari mental, 110% tahap penggunaannya & BKB juga pernah berada di tahap medium,di tengah-tengah,ada orang di atas untuk memberi arahan & BKB juga ada orang untuk diarahkan untuk membuat sesuatu kerja.

BKB bukan dikategorikan seseorang yang banyak pengalamannya,kalau berdasarkan umur, BKB rasa BKB lebih muda dari korang,jadi untuk cakap pengalaman BKB banyak ni mustahillah....mungkin rezeki BKB yang dapat rasa semua aras,orang bawahan,orang yang berada ditengah & seorang pengurus,tapi apa yang BKB nak kongsi ialah perasaan,keadaan & tekanan yang BKB rasa adalah berlainan bagi semua aras.

Nasihat BKB,jika korang jumpa tahap mana yang korang sudah selesa,cuba berada di tahap tersebut lebih lama,ye...BKB faham,semua mahu menjadi pengurus @ bos,tapi jika ia adalah sesuatu yang korang minat & berkebolehan,teruskan saje, kerana itu adalah rezeki korang....tapi cubalah cari yang korang minat,mungkin itu yang dapat membuatkan korang rasa lebih selesa, cari kerja yang sesuai dengan diri korang & rasa yang korang mampu membuatnya, 100% anda mampu,so teruskan sahaja.

Setiap pemberian & rezeki kita, Allah dah tentukan, bagaimana cara kita perlu buat, itu adalah tanggungjawab kita kerana ia adalah masa depan kita untuk jangka masa yang lama.


Saturday 23 February 2013

BlogkuVideo | Beruk Bersenam

Binatang kalau diajar benda yang sama dari kecil memang akan ingat sampai bila-bila. Macam lah beruk atau monyet, panjat pokok dan petik buah kelapa tu diorang pandai kerana telah diajar,ingat monyet dan beruk dalam hutan tu hari-hari petik kelapa ke hihihi.



Tapi macam mana kalau monyet atau beruk ni bersenam, kalah manusia...malu BKB tengok, betapa rajinnya diaorang bersenam. Tak hairanlah kalau nanti,bila monyet tu dah berotot-otot...die pula bagi arahan kat tuannya panjat pokok kelapa hahaha. Tengok dan belajar.


p/s: majulah beruk untuk pokok kelapa

BlogkuGadjet | Bluestacks Platform Game Android Untuk Laptop & P.C

Mungkin tidak semua orang mempunyai smartphone walaupun harga smartphone boleh dianggap terlalu murah untuk dimiliki pada masa sekarang. Pelbagai model daripada iPhone,Samsung, HTC, Blackberry(bagi BKB Blackberry tak sampai tahap smartphone lagi hihihi) dan macam-macam lagi, model dari China pon sudah banyak menggunakan sistem android, yang boleh dianggap smartphone berharga rendah tetapi tidak berbaloi jika dilihat dari segi kualiti.



Jika korang adalah kaki gaming didalam smartphone dan terasa nak bermain game yang sama didalam laptop atau p.c korang, BlueStacks merupakan software atau paltform yang support game atau application android didalam laptop atau p.c. Hanya install Bluestacks dan pilih game dan application apa yang korang nak download dan guna seperti biasa anda guna didalam smartphone...senangkan...so apa lagi download disini.Pilih sistem yang anda guna, windowXP,Vista,Win7,Win8 dan Mac sebelum download.

p/s: nanti boleh main angrybird and temple run...bezzzz tu hihi

Thursday 21 February 2013

BlogkuVideo | Asal Tarian Harlem Shake & Harlem Shake Versi Islam

Sebelum ini lagu dan video Oppa Gangnam Style telah memecahkan rekod di Youtube iaitu video yang paling tinggi ditonton iaitu sebanyak 1 billion. Dalam minggu ini, video yang paling ramai ditonton ialah Harlem Shake, video ini dimulakan seorang sahaja yang akan memulakan tarian dengan menggoncangkan badan, dan selepas beberapa orang turut serta menari tarian tersebut. Mungkin tarian asal Harlem Shake tidak dapat menandingi bilangan yang menonton video Oppa Gangnam Style tetapi bilangan untuk parodi video Harlem Shake begitu banyak.

TARIAN ASAL HARLEM SHAKE DI YOUTUBE
 

Tarian Harlem Shake pada asalnya tarian ialah tarian Harlem, New York, U.S yang terkenal pada era 80'an. Pada awal 80'an iaitu 1981, produser asal Brooklyn, Harry Rodrigues mereka tarian tersebut didalam beberapa variasi lagu, selepas itu terciptalah Harlem Shake. Apabila tarian Harlem Shake dibuat,imaginasi seseorang adalah penting kerana tiada peraturan atau langkah yang perlu diikut,hanya imaginasi & tak malu hihihi.

Bermacam-macam parodi Harlem Shake yang boleh ditonton di Youtube,sehingga rakyat Malaysia pun ada yang melakukan parodi, macam Oppa Gangnam Style dahulu, itu tidak hairan lah kerana rakyat Malaysia kita cepat menerima perkara yang kurang menguntungkan ini hihihi (yang pakai tudung tak sanggup BKB pandang lama-lama...maluuu).

Tetapi ada satu tarian Harlem Shake yang boleh diikut iaitu Harlem Shake versi Islam,yang ini BKB setuju.

HARLEM SHAKE MUSLIM


p/s: tak sakit pinggang ke  menari camtu, Oppa Gangnam Style pon jenis tarian sakit pinggang juga,makin sakit makin ramai yang suka....Dunia Pelik.