Thursday 21 February 2013

BlogkuVideo | Asal Tarian Harlem Shake & Harlem Shake Versi Islam

Sebelum ini lagu dan video Oppa Gangnam Style telah memecahkan rekod di Youtube iaitu video yang paling tinggi ditonton iaitu sebanyak 1 billion. Dalam minggu ini, video yang paling ramai ditonton ialah Harlem Shake, video ini dimulakan seorang sahaja yang akan memulakan tarian dengan menggoncangkan badan, dan selepas beberapa orang turut serta menari tarian tersebut. Mungkin tarian asal Harlem Shake tidak dapat menandingi bilangan yang menonton video Oppa Gangnam Style tetapi bilangan untuk parodi video Harlem Shake begitu banyak.

TARIAN ASAL HARLEM SHAKE DI YOUTUBE
 

Tarian Harlem Shake pada asalnya tarian ialah tarian Harlem, New York, U.S yang terkenal pada era 80'an. Pada awal 80'an iaitu 1981, produser asal Brooklyn, Harry Rodrigues mereka tarian tersebut didalam beberapa variasi lagu, selepas itu terciptalah Harlem Shake. Apabila tarian Harlem Shake dibuat,imaginasi seseorang adalah penting kerana tiada peraturan atau langkah yang perlu diikut,hanya imaginasi & tak malu hihihi.

Bermacam-macam parodi Harlem Shake yang boleh ditonton di Youtube,sehingga rakyat Malaysia pun ada yang melakukan parodi, macam Oppa Gangnam Style dahulu, itu tidak hairan lah kerana rakyat Malaysia kita cepat menerima perkara yang kurang menguntungkan ini hihihi (yang pakai tudung tak sanggup BKB pandang lama-lama...maluuu).

Tetapi ada satu tarian Harlem Shake yang boleh diikut iaitu Harlem Shake versi Islam,yang ini BKB setuju.

HARLEM SHAKE MUSLIM


p/s: tak sakit pinggang ke  menari camtu, Oppa Gangnam Style pon jenis tarian sakit pinggang juga,makin sakit makin ramai yang suka....Dunia Pelik.

No comments:

Post a Comment