Saturday 6 July 2013

BlogKuBlogger | Mencari Diri

Salam,rasa dah lama BKB tak membuat entry atau post, BKB memang ada komitmen lain juga selain berblog,blog sebagai hobi yang BKB boleh kongsi dengan orang lain juga,tetapi kadang-kadang kita terpaksa korban hobi kita untuk sementara,tapi bukan terus melupakannya. Ketiadaan BKB untuk sementara ini untuk cuba mengenal diri BKB yang jenis macam mana,bukan bermaksud yang BKB ni jenis yang tiada arah tuju tau,tapi cuba mencari apa yang paling sesuai dengan BKB.

Kalau korang masih dalam proses pembelajaran, lebih senang cerita,di ipta @ ipts...mesti korang dah memilih kursus apa yang korang akan belajar,apabila sampai 1 tahap,korang akan rasa,"Betul x pe yang aku pilh ni","Agak2 peluang pekerjaan untuk kursus macam ni banyak x",mesti perkara tersebut akan bermain di otak korang,korang akan cuba melihat dari pelbagai sudut,negatif @ positif, atau cuba teruskan tanpa memikirkan apa-apa kesannya.

Tapi bila korang di alam pekerjaan, situasi masa belajar tetap berlaku lebih-lebih lagi berada di dalam situasi kerja yang holistik. Memang setiap orang mengidam gaji yang tinggi & company yang kukuh,tapi mereka terlupa 1 perkara yang teramat penting,keadaan atau suasana tempat kerja tersebut, macam zaman korang belajar, mesti time subjek yang korang minat atau kena kelas pensyarah lawa atau hensem, rasa tak nak habis cepat je kelas tu kan, begitulah situasi pekerjaan, ye...jawatan korang besar,gaji korang tinggi,korang lah bos,koranglah ketua,tapi korang tak rasa enjoy,tak gembira dengan apa korang wat,itu akan menyebabkan korang rasa tertekan,mungkin tekanan itu besar atau mungkin juga kecil,tak kira jumlah ia,ia tetap tekanan juga. Juga korang dapat manage,teruskan....jangan undur,ke depan,jalan berpaling,itu ialah rezeki anda,tapi jika korang rasa yang ia memang bukan apa yang korang nak tapi ini memang jawatan yang korang idamkan dari dulu lagi,berhenti dari awal,jangan cuba teruskan,ia mungkin akan memberi kesan kepada anda secara tak langsung,tapi nasihat BKB,jika korang dapat teruskan,apa salahnya.

BKB pernah duduk di aras yang BKB lah paling bawah tahapnya, macam mana beban sesuatu tugas diberikan kepada kita tanpa memikirkan yang kita dapat tahan ke tak, BKB juga pernah berada di tahap paling tinggi sampai tiada lagi di atas BKB,setiap task,setiap perkara,setiap masalah,kita cuba handle & cari jalan untuk selesaikannya,memang untuk penggunaan tenaga hanya guna 1% sahaja setiap bulan kerana setiap kerja orang lain yang akan lakukan,tapi dari mental, 110% tahap penggunaannya & BKB juga pernah berada di tahap medium,di tengah-tengah,ada orang di atas untuk memberi arahan & BKB juga ada orang untuk diarahkan untuk membuat sesuatu kerja.

BKB bukan dikategorikan seseorang yang banyak pengalamannya,kalau berdasarkan umur, BKB rasa BKB lebih muda dari korang,jadi untuk cakap pengalaman BKB banyak ni mustahillah....mungkin rezeki BKB yang dapat rasa semua aras,orang bawahan,orang yang berada ditengah & seorang pengurus,tapi apa yang BKB nak kongsi ialah perasaan,keadaan & tekanan yang BKB rasa adalah berlainan bagi semua aras.

Nasihat BKB,jika korang jumpa tahap mana yang korang sudah selesa,cuba berada di tahap tersebut lebih lama,ye...BKB faham,semua mahu menjadi pengurus @ bos,tapi jika ia adalah sesuatu yang korang minat & berkebolehan,teruskan saje, kerana itu adalah rezeki korang....tapi cubalah cari yang korang minat,mungkin itu yang dapat membuatkan korang rasa lebih selesa, cari kerja yang sesuai dengan diri korang & rasa yang korang mampu membuatnya, 100% anda mampu,so teruskan sahaja.

Setiap pemberian & rezeki kita, Allah dah tentukan, bagaimana cara kita perlu buat, itu adalah tanggungjawab kita kerana ia adalah masa depan kita untuk jangka masa yang lama.


No comments:

Post a Comment