Sunday 30 September 2012

BlogkuVideo | Senyapnya Malique Bekas Kumpulan Too Phat

Korang mesti kenalkan kumpulan Too Phat, iaitu Malique dan Joe Flizzow. BKB suka dengar lagu dari diorang iaitu Alhamdulillah, lirik dia memang berkesan dan memang sampai mesej keTuhanan yang mereka ingin sampaikan. Selepas itu mereka berpecah dan ,mereka membina karier masing-masing, setahu BKB Malique dah buka studio sendiri iaitu Qarma Musiq Sdn.Bhd. Mesti ramai yang rasa pelik kenapa BKB berminat sangat bercerita mengenai Malique. Bagi BKB lah, ia adalah rapper yang lain daripada yang lain, rapper yang mempunyai ISI, isi dari segi lirik, melodi dan rentak yang memang lain daripada negara Barat. Kita memang tahu yang rapp ini berasal daripada negara Barat dan cara mereka sampaikan susah untuk kita terima dan kalau korang perasan, lirik-lirik mereka banyak berunsur lucah...mungkin disebabkan bahasa yang mereka gunakan yang membuatkan kita tidak perasan. Asal melodi boleh goyang-goyang kepala, kita pun layanlah kan huhuhu.

Kita tinggalkan Joe Flizzow jauh-jauh dulu hihihi coz ini entry mengenai Malique kan. Sebelum kecoh aka kontroversi mengenai lagu Bawaku Pergi yang dikatakan mengandungi lirik yang mengajak remaja lari dari rumah,memang penyanyi dia Kaka dan Zizan tetapi pencipta lagu tersebut ialah Malique.


Lirik Lagu Bawaku Pergi – Kaka ft Zizan

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan munkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

Oh Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh,ayuh

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak muka ada topeng
hero sudah sampai, cepat terjun dari oteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyetaan, mula kisah dongeng

Tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggal kemewahan cuba cara hidup urba
lari lari baling bola salji depan ga
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Bila kita pergi
apakan berlaku
siapakan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

Oh Buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh,ayuh

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


Berdasarkan lirik ini dan dilihat secara kasar dan tanpa usul periksa, lagu ini telah diharamkan kerana mempunyai unsur hasutan(boleh ke guna ayat ni) kerana telah mengajar atau cuba mempengaruhi supaya remaja lari daripada rumah tanpa pengetahuan ibu-bapa. Ini ulasan Malique mengenai lirik tersebut

"Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri.
Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas.
Keputusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali .
Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH.
Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.
Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’.
Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ.
Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’.
Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.
Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam .
Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja".

BKB rasa ramai yang tidak perasan, lagu Whistle nyanyian Flo Rida, lagu tersebut berunsur lucah,korang boleh tengok lirik dia, tetapi sampai sekarang,lagu tersebut masih diputarkan di radio. Mesti korang terfikir kan,dimana lucahnya, BKB akan bagi liriknya.Harap korang dapat fahamlah ye.


Can you blow my whistle baby, whistle baby
Let me know
Girl I'm gonna show you how to do it
And we start real slow
You just put your lips together
And you come real close
Can you blow my whistle baby, whistle baby
Here we go



So sampai sekarang lagu Bawaku Pergi tidak dimainkan di radio,apatah lagi di tv...sayangkan,lagu tu best sangat. Berkenaan dengan video klip lagu, korang pernah dengan lagu video klip Aku Maafkan Kamu, Jamal Abdillah feat Malique, start daripada situ ramai yang perasan yang Malique sudah tidak mempublisiti dirinya kat media massa,kalau ada aktiviti yang tak penting sangat dia tak akan keluar sampai ada sesetengah peminat rindukan kemunculan dia,didalam video klip Aku Maafkan Kamu,Jamal telah feat dengan Zizan iaitu Zizan telah memimingkan suara Malique. Jamal abdillah ada bagitahu,kalau ada persembahan di mana-mana, memang Malique susah hendak pergi, dia cuba mencari pengganti @ rappers lain,tetapi tidak sama dengan Malique yang mempunyai lontaran suara yang lebih lembut.




Selepas itu memang Malique kurang ditontonkan di khalayak ramai, sampai reporter pun susah nak jumpa dengan dia tetapi karya dia tetap di keluarkan, karya dia begitu puitis, begitu tinggi maksud tersiratnya sampai ia memerlukan kita memikirkan apakah yang ingin disampaikan. Apa yang BKB tahu, Malique ingin sampaikan sesuatu yang positif tetapi secara tersirat sehinggakan memaksa orang membuka buku untuk memahaminya. Lagu Malique dan liriknya tidak boleh dihafal sekadar mendengar tetapi mesti dilihat lirik dan bait-baitnya, ada sesuatu yang ingin disampaikan.

Pelbagai pendapat dan pandangan dari peminat Malique, ada yang mengatakan Malique kurang menonjol di media kerana protes di atas lagu Bawaku Pergi,tetapi memang sebelum itu lagi Malique sudah tidak keluar. Ada juga pendapat mengatakan,dia membuat protes terhadap peminat itu sendiri,terhadap peminat yang telah membeli @ mendengar lagu dari VCD @ CD cetak rompak, tetapi bagi BKB benda ini memang susah untuk dihalang kerana sekarang, sudah ramai hanya mengupload di internet sahaja. Pendapat yang BKB selalu dengar, Malique menganggap yang kebanyakkan artis lebih suka publisiti dari pihak media tetapi kurang mengeluarkan hasil yang berkualiti dan Malique juga merasakan industri seni di Malaysia lebih kepada ingin menjatuhkan daripada membina,tidak kira dari mana-mana pihak pun.

Ini video klip terbaru untuk lagu Teman Pengganti, macam BKB rasa...hanya Black sahaja muncul dan Malique,hanya suara sahaja yang dapat kita dengar.


p/s: Gajah di depan mata tak nampak,kuman diseberang laut nampak




25 comments:

  1. i love malique,tlg lah keluar,kerana ingin tahu sama ada anda sihat atau pun tidak..lagu malique sangat menonjol dgn kata2 yg agak sukar utk kite pikirkan..tp sy lebih suka malique..seorang yg kreatif..penuh dgn idea..we love you malique!!

    ReplyDelete
  2. i love you too hraam hreem hroom sah suryay namah

    ReplyDelete
  3. Mantera Beradu, sampai sekarang menghantui kepala hotak aku.... memang gegarrrrr lahhh. salute la lu malique.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Interpretasinya luar dalaman insan terpendam.

    ReplyDelete
  6. Saya akur saya seorang pengemar musik rock. Namun saya juga seorang yang gemar membaca karya seseorang. Timbul karyawan Brader malique memang saya envy cara penulisan beliau walau jarang saya dengar musik hip hop. Pendek kata bezanya antara lirik rock dan hip hop iaitu hip hop boleh luarkan kata hati secarang panjang. Utk Malique, saya tak panggil cara penulisan beliau lirik tapi ianya adalah seni kata. Lembut dan halus. Syabas buat Brader Malique

    ReplyDelete
  7. Well suka dgr lagu ni juga... i think the only part yg buat org bagi wrong interpretation ialahh bab jgn bitau mak bapak tu kot... mcm nak kahwin lari kata org... but kalau diorg dgar sampai part jgn btau kwn2 tu.. hah baru diorg faham... well apa pun i love all his songs... especially Mantera Beradu... man they are dope.... plus Rasta.. man... they are just good...

    ReplyDelete
  8. betul apa yg di katatkan....apa yg aku pham lagu2 nya...laen dri yg laen....pd aku dy berqualiti pya rappers.......xde rappers mlaysian yg bleh sma dgn malique...like u....

    ReplyDelete
  9. kalaulah malique muncul suatu hari nanti..contohnya kat muzik2,AIM dan sebagainya..mesti penonton dan penyokong malique menjerit kegembiraan coz ye ar dah berapa lama malique x perform..just karya dia je yang ada sampai sekarang..

    ReplyDelete
  10. malique sakit kot...sejak 'Alhamdulillah' feat dian tu, senyap lame juga... misteri jer... mmmm hopefully dia keluar lepas ni...sy selaku 'kipas susah mati' rindu sangat nak tengok too phat kembali mcm dulu...malique sangat berbakat, boleh pergi jauh lagi! bukan stakat di malaysia...

    ReplyDelete
  11. tak berminat dengar lagu ni...entah bukan jiwa ku...
    tapi reporter yg mesti cube cucuk jarum kt kementrian
    perihal isi lagu ni...saje bagi malique keluar buat press conference
    so ramailah yg dpt tgk malique in person kann..?-speku jap

    ReplyDelete
  12. kalau betul mengikuti setiap bait lagu lirik dari malique,mesti tahu yg dia seolah berkecil hati dengan industri hiburan.. dia naikkan too phat dlu bermacam dugaan.. tapi artis sekarang tumbuh mcm cendawan lepas hujan.. ada certain2 lirik dia sindir artis baru yg harapkan rupa tanpa kualiti....

    ReplyDelete
  13. malique tetap dihati...

    ReplyDelete
  14. Rindu nak dgar karya karya malique..please make a comeback..we wanna see u

    ReplyDelete
  15. maliq kecewo sebab dulu ramai sgt retis xde kualiti yg nak sgt ganti toophat tu. tgk la si sazy tu dulu bkn main duk kata lagu too phat susah org nk ikot la, mcm2 lagi org buat karya sdiri konon nk tunjuk lebih hebat dri toophat. sbb tu la malik ngajuk. wartawan pon sama bangang eh.

    ReplyDelete
  16. too phat was one of the best groups that ever existed in Malaysia. they were at another level and if more malaysian artist aspired to reach the level that they did, we would have a better industry for it. malique pulak, talent dia lain macam lah. rap dia semua power nak mati. I really admire and respect him.

    ReplyDelete
  17. Seriously, rupa-rupanya semua ni lagu Malique? Aku baru tahu. Jarang dengar lagu melayu tapi yang sedap didengar rupa-rupanya Malique yang tulis. Terbaiklah. Aku memang peminat too phat dulu tapi dah x follow sejak berpecah ngan joe. Bukan nak condemn Joe, tapi lirik lagu dorang ibarat langit dengan bumi.

    ReplyDelete
  18. Seriously, rupa-rupanya semua ni lagu Malique? Aku baru tahu. Jarang dengar lagu melayu tapi yang sedap didengar rupa-rupanya Malique yang tulis. Terbaiklah. Aku memang peminat too phat dulu tapi dah x follow sejak berpecah ngan joe. Bukan nak condemn Joe, tapi lirik lagu dorang ibarat langit dengan bumi.

    ReplyDelete
  19. Ada sesapa tau benarkan lagu "rindu" ditujukan pada Dian?

    ReplyDelete
  20. saya dari indonesia tapi bapak saya dah dengarkan lagu lagu too path sejak saya kecil, saya ingat betol kat masih umur 4 tahun tapi bapak saya dah beli lagu too path apa lagi bagian malique rap mulai dari anak ayam sampai pejamkan mata belakangan ini, semoga malique sihat selalu, maaf kan jika bahase saya becampor karna saya tak paham sangat bahasa korang, peace out !

    ReplyDelete
  21. Biarlah wajahmu hilang dari lensa kamera media asalkan saja kau terus hadiahkan kami dengan naskah seni mahakarya

    ReplyDelete
  22. 'Masalah'nya ialah penulisan Malique bukan poster atau iklan yang secara amnya direka untuk mudah difahami. Ia lebih kepada karya seni tampak yang memerlukan masa untuk dihadam, pengetahuan tentang pelukisnya, sebelum diterjemahkan. Rasanya Malique sendiri memang tidak berhajat untuk kembali ke kaca tv kerana beliau sedar hakikat industri yang tenat dan menanti mati. Andai saya memiliki bakat Malique, saya sendiri berasa hina jika masih mengharap ihsan parasit2 durjana untuk mengiklankan diri saya. Apa pun, saya bangga mengatakan saya peminatnya. Melalui lirik dan irama lagunya, bersama pendekatan yang lebih ketimuran berbanding kebanyakan artis yang semakin lupa diri (dan agama), saya kini lebih menghargai asal usul saya sebagai seorang Melayu Muslim. Syukran Malique, salaamu 'alaikum.

    ReplyDelete