Sunday 16 September 2012

BlogkuVideo | Respond Daripada Innocence of Muslim

BKB tau, memang ramai yang dengar pasal tajuk movie yang akan dikeluarkan nanti coz setakat ni, di dalam Utube hanya sebuah mukadimah cerita...itu pun sudah menyebabkan semua muslim di seluruh dunia marah. BKB dah tengok video tu & BKB tak boleh nak share kan kat  sini coz bagi BKB ia adalah penghinaan bagi Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. Pengarah cerita tersebut ialah laknatuAllah Nakoula Basseley Nakoula yang telah mereka cerita Innocence of Muslim yang memburuk2 kan Nabi kesayangan kita.

BKB tengok macam2 respond yang telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia bahkan semua muslim di dunia. Protes, perhimpunan, membakar bendera Israel, mengkeji mereka malahan cuba membunuh sesiapa sahaja yang terlibat di dalam filem tersebut. Siapa yang tak marah kalau mak @ ayah mereka dihina-hina...inikan Nabi, kesayangan umat Islam.

Nakoula Basseley Nakoula aka Sam Bacile

Apabila kita menjadi seorang Islam, kita dah patut tahu yang agama kita mempunyai pelbagai cabaran dan dugaan, ingat janji Allah di dalam Al-Quran, akan sampai masanya nanti Islam akan menjadi agama yang tersebar di anuti oleh manusia nanti...itu janji Allah & janji kita kepada Allah ialah mencapai apa yang Allah janjikan. Kalau korang tengok, kenapa mereka rajin sangat mereka, mencipta, membuat, membina dan kadang begitu kreatif untuk menghina agama kita, gambaran Allah dibuat dengan nyata, Nabi Muhammad dilukis gambarnya dan dipijak2 dan dibakar, sanggup mereka cerita tentang Nabi kita bermula dari Nabi Adam lagi walaupun kos yang tinggi.

BKB juz nampak yang mereka ada rasa perasaan dengki. Dengki dengan umat Islam dapat hidup dengan aman menggunakan sistem Islam @ perundangan Islam yang betul. Agama lain melihat yang kadang2 umat Islam hanya tersenyum walaupun telah disakiti dan masih mengatakn Islam agamaku....Islam agamku...sehingga syahid. Keamanan, kebahagiaan dan keharmonian yang dibawa oleh Islam itulah yang menakutkan mereka terutama rejim Yahudi. Apabila masyarakat dunia telah melihat apa yang di bawa oleh Islam sesuatu yang manis...sesuatu yang boleh menjamin kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat...mereka akan takut dengan perkara itu...manusia yang beragama selain daripada Islam akan cuba mendalami apa itu Islam dan apabila sudah tahu begitu manisnya keimanan di dalam Islam...mereka akan tahu yang ISLAM AGAMA YANG BENAR.

BKB dah letak satu video yang menunjukkan protes terhadap movie Innocence of Muslim tetapi dengan pendekatan yang berlainan...apabila BKB tengok video...BKB rasa bertuah yang BKB beragama Islam dan ia boleh membuatkan korang bersemangat mengenal Nabi Muhammad dengan lebih dekat.




p/s: Berselawatlah kita terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W

No comments:

Post a Comment