Tuesday 16 October 2012

Contest Duit Hari Raya Aidiladha aka Hari Raya Korban 2012

Sempena Hari Raya Korban ini, BKB ingin membuat contest, contest ini agak senang kerana BKB memang nak bagi pun cuma hendak cari pemenangnya. Hadiah dia mempunyai 3 kategori, macam biasa, 1st, 2nd dan 3rd. Tempat 1st akan menerima Rm50, 2nd pula akan menerima Rm30 dan 3rd akan menerima Rm20. Pembahagian hadiah kepada pemenang akan dibuat secara TUNAI aka bankin di bank pemenang dan satu lagi cara dengan memberi nilai TOP UP dengan nilai yang sama,pemenang boleh pilih kaedah mana yang mereka hendak nanti, telco untuk top up yang terpilih  antaranya ,Celcom, Maxis dan Digi,Umobile dipertimbangkan hihihi. Setiap urusan pemberian hadiah akan ditunjuk buktinya(xsuka tipu2 tau).

Contest ini BKB rasa mudah sangat,kalau sesiapa memang kaki lawak memang mempunyai kelebihan untuk menang ni hihihi, tapi ingat...jangan ingat orang yang pendiam dialog dia tak power, diam-diam ubi rebus orang cakap hahaha. Tetapi terdapat beberapa syarat senang sebelum korang nak masuk contest ini, antaranya:-


Hadiah: 1st- RM50---likers banyak-banyak
            2nd- RM30---likers kadang-kadang
            3rd- RM20---likers jarang-jarang

  1. Peserta yang ingin menyertai peraduan ini mesti invite sesiapa sahaja untuk like Fan Page Blogkuburuk, minima bagi setiap likers hanya 10 orang sahaja( sikit bangat dong,korang kan femes,beribu2 friends kan ada hihihi) dan maksima tidak ditetapkan.
  2. Peserta diminta untuk membuat dialog berdasarkan gambar yang BKB sudah sediakan dan perlu ingat, seorang peserta hanya boleh menghasilkan dialog untuk 1 keping gambar sahaja. Jika pihak BKB mendapati anda menghantar lebih daripada 1,maka terbatallah dia untuk memenangi hadiah tersebut.
  3. Pemenang akan dipilih berdasarkan like paling banyak diterima untuk dialog yang dihasilkan. Usaha yang anda ingin lakukan supaya orang like gambar anda mestilah berdasarkan kreativiti anda sendiri dengan mempromot ke facebook anda @ dimana-mana sahaja, tapi nasihat BKB,dialog bagi POWER,confirm ramai like hihihi.
  4. Pemenang akan diumumkan pada  hari raya pertama @ pada hari raya kedua,bukan apa,kot2 BKB kena sembelih banyak ekor lembu ke hihihi, tak sempat nak online. Hadiah akan diberi seminggu selepas diumumkan pemenang kerana pihak Blogkuburuk ingin menapis jika terdapat penipuan seperti menghantar gambar lebih daripada 1,so adillah lah nanti,kata polis,cepat, cekap dan telus hihihi. 
  5. Tambahan @ jika ingin melakukan kreativiti terhadap gambar boleh dilakukan tetapi dialog tetap mengenai Hari Raya Korban.
  6. Tarikh bermulanya contest ialah hari ini iaitu 16/10/2012 dan tutup ialah pada 26/10/2012, pukul 12 tengah malam.
  7. Setiap peraduan @ gambar hendaklah diletakkan di fan page Blogkuburuk untuk menerima like terbanyak.
Dialog berdasarkan gambar dibawah,selamat berjaya :-)




p/s:Terma dan syarat mungkin berubah mengikut kesesuaian, segala perubahan akan dimaklumkan.





No comments:

Post a Comment