Tuesday 29 November 2011

Jin Mengganggu Perbualan Telefon Dalam Rancangan TV

Jin juga makhluk Allah dan Syaitan Laknatulallah juga adalah didalam kategori jin tetapi jin jahat perangainya, syaitan dan iblis selalu membisikkan kita supaya melakukan kejahatan,kemungkaran terhadap Allah dan sesama manusia sekalipun. Malamni BKB nak korang sedar yang bukan kita sahaja yang duduk di muka bumi Allah ini, malahan jin telah dicipta lebih awal dari manusia lagi,jarak di antara kejadian jin dan manusia BKB xdapat nak pastikan, harap korang dapat mencarinya dan cuba kongsi kat sini ye.
Firman Allah S.W.T didalam Surah al- Hijr ayat 27 bermaksud:
" Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang roma"

Tugas Iblis adalah menyesatkan umat manusia dan pada masa skank umat Nabi Muhammad S.A.W. Dia telah berjaya mempengaruhi Nabi Adam,iaitu manusia yang pertama Allah jadikan di muka bumi, kenapa begitu marah nya Iblis terhadap manusia kerana Allah telah memerintahkan Malaikat dan Iblis supaya tunduk sujud kepada Nabi Adam tetapi hanya Malaikat yang mengikut apa yang diperintah oleh Allah dan Iblis menganggap bahawa dia lebih mulia dari manusia kerana dicipta dari api berbanding manusia yang hanya dicipta dari segumpal tanah. Kalau korang dapat faham kat sini,memang bongkak dan sombongnya iblis nie, sampai Allah pon die xikut apa yang diperintah(adakah kita tergolong didalam golongan sahabat iblis).

Dalam video nie korang boleh tengok dan rasai begitu marahnya iblis terhadap manusia, ye dia akan tolong manusia itu tetapi pertolongan yang macam mana, pertolongan yang boleh menyebabkan kita bergaduh sesama kita, pertolongan yang menyebabkan kita akan jauh dari Allah...itulah pertolongan yang dia akan bagi.
 Gembiranya iblis apabila rancangan jahatnya telah berjaya...itulah hilaian dan ketawa akan iblis akan buat nanti...telah jatuh iman umat Nabi Adam yang berjaya mereka lakukan.

p/s: Jin juga terdiri dari 2,Islam dan kafir...dan syaitan adalah jin kafir...sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia.

No comments:

Post a Comment