Wednesday 30 January 2013

BlogkuVideo | Homeless

Peminta sedekah, pencari besi buruk,kotak dan barang terpakai boleh kita lihat di Malaysia. Fenomena ini bukan berlaku di negara miskin, negara membangun malahan boleh berlaku di negara maju sekalipun. Memang kita tahu yang di negara maju homeless ( seseorang yang tiada tempat tinggal) mendapat elaun atau sejumlah wang, tetapi ia tetap tidak mencukupi bagi kehidupan mereka.

Di Malaysia kita boleh tengok di kaca tv, berita dan isu semasa tentang sendiket peminta sedekah, bahkan mereka normal cuma berlakon dengan keadaan fizikal OKU(orang kelainan upaya). Apa yang kita belajar, jika seseorang itu meminta,  kita cuba memberi seadanya,ye mungkin mereka menipu tetapi niat kita mulia,untuk memberi sedekah. Tetapi jika kita sudah tahu yang ia sendiket semata-mata,kita berhak untuk tidak memberi TETAPI jangan menghina mereka, sekadar memberi respond yang kita tidak akan memberi sedekah kepada mereka.

Video yang BKB post ini ialah satu rancangan telah dibuat bagi mengenal pasti tahap tanggungjawab dan keperihatinan orang awam terhadap homeless ini, video ini di luar negara dan bukan di Malaysia,tetapi kita boleh cuba mengambil iktibar daripada video ini.



p/s: tidak semua manusia negara maju akan mengikut tahap negara maju tersebut, mereka tetap mempunyai nilai yang boleh dicontohi (manlytear).

No comments:

Post a Comment