Tuesday 11 September 2012

BlogkuGambar | Jadual Waktu UPSR

Esok bermulanya exam bagi pelajar Tahun 6 iaitu UPSR, BKB ada adik yang ambil kesemua exam besar lah orang kata, SPM, PMR & SPM...parents yang mempunyai anak yang akan exam esok ni mesti berdebar2 kan, wat macam mana, BKB sendiri pon dah berdebar, cuma harapan sebagai parents supaya anaknya dapat mencapai keputusan yang membanggakan, ada orang cakap exam yang besar2 ni penentu masa depan. BKB faham kebanyakkan parents macam dah tentukan hala tuju anaknya dari awal lagi, xsalah kalau BKB cakap dalam perut lagi dah tentukan,kat mana anak dia belajar & kerja apakah anak dia ambil.

BKB tau,itu semua untuk masa depan mereka dan juga masa depan parents itu sendiri, apabila anak mereka berjaya & anak itulah yang mereka rasa boleh diharap kerana mempunyai masa depan yang cerah. Sebab tu lah,jika anak mereka tidak dapat keputusan yang cemerlang dalam apa2 peperiksaan, perasaan parents mungkin sedih tetapi mereka patut bangga kerana anak meraka mungkin telah cuba bersungguh2 kerana anak2 sekarang sudah kenal apa itu masa depan. Mereka juga mempunyai cita2,cita2 yang parents mereka tidak tahu, so bagilah mereka peluang untuk peperiksaan akan datang, jangan jadikan exam yang pertama merupakan yang terakhir...tetapi doa ibu-bapa juga perlu dan juga keberkatan mereka amat perlu jika ingin melihat anak mereka berjaya...InsyaAllah.

So bagi BKB, macam mana pon anak kita itu, doakanlah semoga dia berjaya di dunia dan di akhirat kerana di dunia kita hanya sementara dan di akhirat kita tinggal selama2nya.

Link bawah ni ialah jadual waktu UPSR 2012...hope parents dapat pantau jadual anak2 mereka, mungkin sebagai panduan untuk revision saat2 akhir kan.

JADUAL WAKTU UPSR DAN PANDUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN

p/s: BKB doakan adik  BKB yang ambil UPSR pagi ni dapat wat dengan cemerlang...Amin & BKB juga pesan kepada semua, apabila dekat dengan apa2 exam,jaga makan dan kesihatan ye.

No comments:

Post a Comment