Tuesday 13 March 2012

30 Universiti Terbaik Di Malaysia Bagi Tahun 2012.

Keputusan STPM sudah kuarkan, tunggu SPM plak...mesti korang yang ambik SPM nie rasa berdebar je,nak cakap ngan orang pon malas dalam bulan nie,lagi dekat tarikh nak kuar lagilah xde mood. Makan pon xnak..kawan ajak kuar xnak,family ajak g jalan2 xnak...semua xnaklah hehehehe. Tapi dulu masa mula2 abis exam SPM tu semua nak plan, yang lelaki wat konvo motolah,berkelah lah,BBQ pon de, yang perempuan plak mulalah nak start shopping banyak2,katanya balas dendam coz study penat sangat masa nak exam...macam2lah korang nie hihihi.

Tapi de gak yang bagus...lepas SPM plan nak kerja part time,kerja KFC,McD,Pizza...kilang pon de,dulu BKB nak kerja kat stesen minyak...tapi nak wat camne...mak xbagi,suh kerja ngan ayah je huhuhu.Tapi korang jangan haraplah nak kerja stesen minyak skank coz yang kerja kt stesen minyak dah ganti dengan mat bangla,nepal,indonesia jarang2 hihihi...lagipon dah xde dah kerja kat bahagian pam minyak,de pon kerja kat cashier je skank.BKB pujilah sape2 yang lepas SPM tu kerja,korang kerja pon bukan nak sara diri sangat pon,kerja sebab nak tukar hp,nak beli pakaian...tu je sebab korang pon hihihi,last2 minta ngan mak gakkan."Mak,xckup Rm200 lagi nak angkat iPhone 4s".

BKB nak post nie senarai universiti di Malaysia berdasarkan ranking semasa bagi tahun 2012, ranking xtetap tau,nie baru bulan 3 kan,lambat lagi nak abis tahun 2012. Ranking nie berdasarkan SIZE, VISIBILITY, RESEARCH PAPERS DAN SCHOLARS. So nie akan sentiasa berubah, tapi berubah pon xbanyaklah...lagi satu BKB nak pesan,ranking ni berdasarkan keseluruhan untuk universiti tersebut. Coz bagi sesetengah universiti mereka memang mempunyai pakar dalam sesuatu bidang...walaupun mereka berada di tangga bawah tetapi ada sesetengah course atau kursus mereka sebenarnya bagus dan berada di atas. So pilihan bijak ditangan anda.

  1. Universiti Putra Malaysia (UPM)-ranking dunia: 428
  2. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)-ranking dunia: 437
  3. Universiti Sains Malaysia (USM)-ranking dunia: 464
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)-ranking dunia: 523
  5. Universiti Malaya (UM)-ranking dunia: 596
  6. Universiti Teknologi MARA (UiTM)-ranking dunia: 626
  7. Multimedia University (MMU)-ranking dunia: 891
  8. Universiti Malaysia Sabah-ranking dunia: 1222
  9. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)-ranking dunia:1341
  10. International Islamic University of Malaysia (UIA)-ranking dunia: 1411
  11. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  12. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  13. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  14. Universiti Tunku Abdul Rahman
  15. Universiti Malaysia Terengganu
  16. Universiti Malaysia Sarawak
  17. Universiti Malaysia Pahang
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  20. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  21. Open Universiti Malaysia
  22. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  23. International Medical University
  24. Taylor's University College
  25. Tunku Abdul Rahman College
  26. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  27. University of Nottingam Malaysia
  28. UCSI University
  29. Monash Universiti Malaysia
  30. Malaysia Theological Seminary.


    p/s: Universiti yang pernah BKB belajar duk di antara top 10 tu....

    No comments:

    Post a Comment