Sunday, 29 January 2012

Jarak Bukan Bererti Perpisahan

Jarak kadang2 bermaksud perpisahan bagi seseorang, ia merasa apabila terjadinya jarak dalam sesuatu hubungan boleh menyebabkan untuk berlaku perpisahan adalah tinggi....macam2 diorang berfikir...macam2 benda yang mereka takutkan......takut hubungan itu xkekal lama apabila adanya jarak....takut akan adanya kecurangan berlaku,takut kurangnya kasih sayang, takut kurangnya sikap ambil berat dan takut kurangnya cinta dan jumpa orang yang lebih baik daripada yang sekarang.


Benda nie lah menyebabkan ramai pasangan yang rasa takut apabila jarak antara diorang akan jauh....memang kita tau yang akan ada masa yang kita akan dapt jumpa pasangan kita walaupun sekejap,tp perasaan bimbang dan risau tetap ada....kenapa adanya perasaan tu,kerana kita xde disamping dia,xde utk tgok ape yang dia buat....untuk rasakan yang kita sentiasa ada bersama dia. Memang ramai yang cakap, zaman dah canggih,kalau dah rindu @ teringat kat pasangan kita,kita boleh kol,sms,mms,emel dan macam2 lagi....tapi dapat bertahan lamakah hubungan kita nie dengan cara maya macmtu....tu lah yang menyebabkan ramai yang berasa takut....takut hubungan yang telah dijaga sekian lama akan terkubur macamtu je.


Mungkin perkahwinan adalah jalan terbaik untuk atasi masalah ini, tapi kalau byk perkara yang masih belum bersedia akan menyebabkan perkahwinan itu nanti akan bermasalah juga nanti,kena ada persediaan....ye sekarang semua perlukan duit, kalau korang masih muda dan masih baru masuk dalam alam pekerjaan mesti korang akan tolong family korang dulukan baru fikir sal perkahwinan dan de sesetengah akan de matlamat diorang contohnya untuk mencapai cita2 diorang baru fikir sal perkahwinan...itu hal masing2. Selagi korang boleh jaga hubungan dengan baik,selagi rasa yang hubungan korang ini adalah suatu hubungan yang betul2 korang sayang,jagalah dia....jagalah walaupun korang kena mengalah demi menjaga hubungan tersebut....selagi si dia rasa dan masih syg hubungan tersebut,dia pon akan cuba menjaganya. Doakan supaya hubungan korang akan kekal selama-lamanya.


Perpisahan tidak akan berlaku disebabkan oleh jarak tempat,tetapi berlaku kerana jarak perasaan dan hati.

2 comments:

  1. Apesal la entri jiwang2 ni :p hee..

    ReplyDelete
  2. Kadang2 kena jiwang gak ngehhh...ngehhh...kita kan manusia *blushing

    ReplyDelete